Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
KEJAYAAN KKBM HASIL SOKONGAN SEMUA PIHAK

image

JOHOR BAHRU, 2 NOVEMBER 2019 – Keberkesanan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) terhasil daripada sokongan semua pihak iaitu pihak industri, peruncitan dan marketplace melalui sesi perbincangan dan libat urus yang diadakan kementerian ini.

Setakat ini, semua pihak menyatakan sokongan serta komitmen mereka untuk bersama-sama menjayakan kempen ini di premis masing-masing. Antara komitmen mereka ialah penyenaraian tetap produk-produk tempatan di hypermarket dan pasar raya dengan kadar listing fees yang minimum, promosi KBMM di outlet masing-masing serta pelbagai kaedah lain.

Berucap di majlis perasmian Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 di dataran Angsana dekat sini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama daripada Malaysia Airport Berhad bagi membolehkan produk-produk tempatan berada di outlet-outlet mereka di semua lapangan terbang domestik.

Sebelum ini, KPDNHEP telah mendapatkan kerjasama daripada Syarikat Penerbangan AirAsia dengan memperkenalkan produk tempatan di dalam penerbangan mereka ke serata dunia.

Kempen ini secara khsusunya membantu usahawan, pengusaha dan pengilang tempatan untuk mengembangkan perusahaan dan perniagaan mereka selain mempromosikan pelbagai jenis produk buatan tempatan kepada seluruh pengguna domestik melalui pelbagai inisiatif strategik.

Pendekatan ini mendorong serta meningkatkan kesedaran pengguna tempatan untuk menyokong dan membeli produk tempatan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


TINJAU KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN SETOR EKSIBIT

image

NILAI, 24 OKTOBER 2019 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz hari ini meluang masa hampir dua jam untuk melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pengubahsuaian Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa kementerian di Nilai hari ini.

Beliau diberi taklimat mengenai pengubahsuaian ini oleh Ketua Seksyen Digital dan Logistik, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Saifulbahri Abdul Kadir sebelum mengadakan lawatan ke sekitar kompleks yang dibina di atas tanah seluas 4.79 hektar.

Di antara kerja-kerja pengubahsuaian ialah pendawaian elektrikal, kaunter, menaik taraf bilik mesyuarat, pentas di bilik taklimat, menyelenggara bilik operasi, pengantian penyaman udara, pemasangan kamera litar tertutup, projek sivil (loading bay) berhampiran stor serta penyelenggaraan pagar tembok di sekeliling kompleks.

Hadir sama, Pengarah Penguatkuasa, Dato’ Iskandar Halim Sulaiman, kedua-dua timbalannya, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan serta beberapa pegawai kanan KPDNHEP dari Selangor, Kuala Lumpur dan Ibupejabat Putrajaya.

Turut sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dan pasukan kerjanya yang terlibat dalam kerja-kerja pengubuasuaian ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERKASA BAHASA MELAYU DAN PUPUK BUDAYA MEMBACA

image

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2019 – Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipelawa untuk menjadikan budaya membaca sebagai satu tabiat mereka di masa lapang.

Membaca ini bergantung kepada minat dan kecenderungan seseorang terhadap topik atau jenis buku yang hendak dibaca. Kajian yang dijalankan pada 2014 mendapati tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia hanya tujuh buku setahun berbanding rakyat Barat yang membaca sekurang-kurangnya 40 buku setahun.

Budaya membaca dikalangan pejawat awam pula banyak terarah kepada buku ilmiah yang popular dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan jabatan.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarkan program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat KPDNHEP ini hari ini bertempat di Perpustakaan kementerian ini.

Beliau yang berkongsi inti pati buku yang dibacanya dengan hadirin menyeru agar budaya membaca ini dijadikan tabiat harian. Katanya, bagi seorang Muslim, sekurang-kurangnya satu atau dua helai daripada naskah Al- Quran perlu dibaca setiap hari untuk memupuk iman dan hati yang tenang.

Beliau turut menyumbangkan beberapa naskah buku kepada perpustakaan ini untuk dikongsi oleh warga kementerian. Turut mewakafkan buku mereka, Timbalan menteri, Tuan Chong Chien Jen, Ketua Setiausaha , Datuk Muez Abd Aziz, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia serta beberapa pengarah bahagian.

KPDNHEP juga meletakkan sebuah bekas khas di lobi kementerian bagi membolehkan sesiapa sahaja mewakafkan buku-buku mereka untuk perkongsian ilmu.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


THE WARRIOR JUARA KESELURUHAN SUKAN KPDNHEP

image

KAJANG, 20 OKTOBER 2019 – The Warrior yang mewakili Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenepikan tiga pencabar untuk muncul juara keseluruhan Sukan KPDNHEP 2019 yang berlangsung di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi di sini, hari ini.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Arduja iaitu gabungan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia, tempat ketiga menjadi milik Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang bernaung atas nama MyIPO Gunners manakala KPDNHEP yang memakai nama Titans sekadar di tempat keempat.

Acara sukan yang berlangsung empat hari iaitu pada setiap hari sabtu dan ahad bermula 12 Oktober lalu menyaksikan pelbagai jenis sukan dipertandingkan seperti sukan dalaman, mencari harta karun, sukaneka dan olahraga.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah merasmikan sukan ini. Beliau melahirkan rasa gembira kerana program ini bukan sahaja dapat mempertingkatkan kerjasama dan perpaduan, malah ia juga selaras dengan hasrat untuk melahirkan warga kerja yang sihat serta cergas. Program ini juga sebagai menyahut sambutan Bulan Sukan Negara yang dilangsungkan di seluruh negara.

Ketua Setiausaha, Datuk Muez Abd Aziz serta beberapa Pengarah Bahagian turut mengambil bahagian dalam acara olahraga sebagai menyuntik semangat serta memberi sokongan kepada penganjuran program sukan ini.

Acara untuk kanak-kanak serta keluarga turut diadakan pada sukan kali ini agar ianya mendapat penglibatan yang menyeluruh dari warga kerja serta keluarga masing-masing.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive