Alor Setar, 24 Julai 2019 – KPDNHEP membuat serbuan di sebuah gudang memproses dan membungkus makanan di Bukit Pinang bagi mengesan penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang tular di laman sosial.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP
Accessibility Tools
Alor Setar, 24 Julai 2019 – KPDNHEP membuat serbuan di sebuah gudang memproses dan membungkus makanan di Bukit Pinang bagi mengesan penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang tular di laman sosial.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP
PUTRAJAYA, 22 JULAI 2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjejaki pemiutang tegar bagi mendapatkan semula hutang-hutang yang tidak dilunaskan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memerlukan kajian untuk mengenal pasti individu berkenaan serta faktor-faktor yang menyebabkan mereka gagal menjelaskan pinjaman mereka.
“Sejak tahun 2013, kita telah mengesan sejumlah RM 160.5 juta hutang yang belum dilunaskan peminjam untuk perniagaan mereka. Kita perlu mencari punca mengapa mereka gagal menjelaskan pinjaman masing-masing. Kita juga ingin mengesan berapa ramai peniaga kecil yang terlibat dan mencari pendekatan yang sesuai untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut, “ ujarnya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) Bilangan 1/2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna KPDNHEP di sini, hari ini.
Kira-kira 130 perwakilan termasuk Ahli Exco Negeri, wakil-wakil Persatuan Penjaja Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan agensi berkaitan hadir pada mesyuarat ini.
Datuk Seri Saifuddin juga memaklumkan bahawa satu keputusan dicapai untuk menggadakan sambutan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan bertempat di negeri Kedah pada 18 November nanti. Pemilihan tarikh telah dipersetujui oleh kerajaan sebagai Hari Penjaja dan Peniaga Kecil di negara ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri KPDNHEP, Tuan Chong Chien Jen dan Ketua Setiausaha, Datuk Muez Abd Aziz.
Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli Majlis M3PK merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri (M3PN).
PUTRAJAYA, 19 JULAI 2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini amat berbesar hati mengumumkan bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai salah satu agensi kerajaan menjadi agensi pertama yang menyokong program Foodbank Malaysia dengan menjadikan pasar tani sebagai penyumbang lebihan makanan.
Program Foodbank Malaysia @ Pasar Tani ini akan dimulakan di pasar tani terpilih di mana negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menjadi projek perintis sebelum diluaskan ke seluruh negara. Antara kategori produk jualan yang akan disumbangkan adalah sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit.
Ketika bercakap kepada media, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 500 kilogram sumbangan makanan telah berjaya dikumpulkan hari ini daripada Pasar Tani Kekal Selayang dan My Farm Outlet Putrajaya dan akan diagihkan kepada dua rakan strategik utama Program Food Bank Malaysia iaitu Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.
“Sumbangan ini seterusnya akan diberikan kepada kumpulan penerima yang telah dikenal pasti oleh kedua-kedua rakan strategik tersebut,” ujarnya.
Pengumpulan sumbangan makanan daripada Pasar Tani ini akan diteruskan ke Pasar Tani Setiawangsa, Taman Melawati dan Kelana Jaya pada 27 Julai 2019 dan Pasar Tani Shah Alam dan Bukit Angkasa pada 28 Julai 2019.
FAMA sedang menyusun jadual pengumpulan sumbangan makanan dan menjemput lebih banyak Pasar Tani untuk terlibat dengan Program Food Bank Malaysia @ Pasar Tani ini.
Program Food Bank Malaysia (PFBM) telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif KPDNHEP membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan bantuan bekalan makanan daripada lebihan makanan ( food surplus ).
Pelaksanaan PFBM adalah selari dengan matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDG) 12.3, iaitu mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan (food waste) keseluruhan yang dikeluarkan oleh industri peruncitan dan pengguna pada tahun 2030.
Konsep program ini adalah dengan menyelamatkan lebihan makanan yang masih boleh dimakan melalui pengumpulan daripada penyumbang iaitu pasar raya, pengilang, pengusaha makanan, hotel dan syarikat korporat.
Makanan yang telah dikumpul kemudiannya akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti daripada keluarga miskin dan kurang upaya, rumah-rumah kebajikan, pusat bantuan makanan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar Universiti yang kurang berkemampuan.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz, Timbalan – timbalan Ketua Setiausaha (KPDNHEP), Pengerusi FAMA dan Pemangku Ketua Pengarah FAMA
DAMANSARA, 18 JULAI 2019 – Program Citarasa Malaysia (PCM) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi peluang kepada usahawan-usahawan PKS tempatan untuk membabitkan dalam pelbagai aktiviti, memperkenalkan produk dan jenama serta mempromosi produk-produk mereka melalui jalinan kerjasam strategik di antara kementerian ini dengan pihak pasaraya besar.
Sebanyak 111 syarikat pembekal PKS tempatan telah berjaya memasarkan produk mereka di Tesco dan 86 darinya adalah syarikat PKS bumiputera. Sehingga 31 Disember 2018, sejumlah 841 jenama syarikat PKS berjaya disenaraikan di semua rangakaian hypermarket asing di negara ini dengan sebanyak 19,843 Stock Keeping Unit (SKU) PKS tempatan berjaya berada di pasaran hypermarket tersebut.
Menurut Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya sentiasa menerokai peluang pasaran tempatan bagi membantu PKS tempatan memasarkan produk mereka. Usaha terbaharu ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Penerbangan Air Asia bagi membolehkan produk-produk tempatan menebusi pasaran luar.
Beliau yakin bahawa produk-produk tempatan ini boleh berjaya di peringkat antarabangsa dengan inisiatif-inisiatif yang diambil kerajaan bagi membantu mereka. Produk-produk ini juga perlu memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak pasaraya besar atau pasaran luar dengan membabitkan pembungkusan, kualiti dan berdaya saing.
KPDNHEP telah mengadakan usahasama dengan SIRIM, MARDI dan pihak-pihak yang berkepentingan agar produk-produk PKS tempatan tidak tertinggal dalam arus persaingan ini.
Sebanyak 25 usaha mengambil bahagian di dalam program yang berlangsung selama empat hari bermula 18 hingga 21 Julai ini di Tesco Mutiara Damansara. 20 daripadanya berasaskan makanan (F&B), lima jenama produk kesihatan dan kecantikan serta barangan kelengkapan rumah dengan menyasarkan nilai jualan sebnayak 60,000.00 dalam tempoh ini.
Pada majlis ini, 10 jenama PKS tempatan dengan nilai jualan paling tinggi di seluruh outlet TESCO Malaysia di seluruh negara sepanjang tahun 2018 menerima anugerah masing-masing yang disampaikan Datuk Seri Saifuddin.