anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2023 KPDN PANTAU PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

 

image

 

KUCHING, 29 MEI 2023, ISNIN – YBhg Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat tinjauan ke atas peniaga dan pada masa yang sama melancarkan Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2023 peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Farley Supermarket, Batu 6, Jalan Penrissen, Kuching, Sarawak.

Pada 23 Mei 2023, Kementerian telah membuat pengumuman pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023. Tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Gawai 2023 berkuatkuasa dari 29 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023 dan hari ini merupakan hari pertama pelaksanaannya.

Pelaksanaan Skim ini adalah bertujuan menstabilkan harga barangan semasa permintaan terhadap barangan dijangka akan meningkat semasa menjelangnya perayaan, semasa perayaan dan beberapa hari selepas perayaan.

Sebanyak 8 jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan Skim ini. Selain itu, 6 jenis barangan daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang lawatan pada hari ini, didapati terdapat beberapa barangan yang dijual lebih rendah dari harga kawalan dan secara tidak langsung menggambarkan peniaga bersama-sama dengan pihak Kementerian bagi menjayakan Skim ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat