KUALA LUMPUR, 15 JANUARI 2025, RABU - YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau dalam penjajaran strategi kepenggunaan di Bengkel Strategi Komunikasi Program Kepenggunaan Tahun 2025 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Seperti sedia maklum, KPDN memfokuskan terhadap pendayaupayaan pengguna selaras dengan 4 pilar utama KPDN melalui Ketangkasan Penguatkuasaan, Pemacu Ekonomi Domestik, Daya Upaya dan Advokasi Kepenggunaan dan National Action Council of Cost Living-Pendekatan Whole of Nation.
Kegagalan dalam penyampaian pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat akan memberi impak terhadap tahap pengetahuan masyarakat tentang hak-hak pengguna dalam undang-undang dan saluran serta platform yang boleh digunakan oleh mereka sekiranya berlaku ketirisan dalam urusan jual beli.
KPDN akan terus memperkasa dasar kepenggunaan agar ia dapat memberi kesedaran serta memberi impak dan signifikan terhadap pengguna.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat