PENCAPAIAN PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI & PROGRAM LOCAL TO GLOBAL RETAIL 2024
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif ikhtiar kos sara hidup rakyat dengan lebih meluas melalui Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan Program Local To Global Retail di bawah kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).