anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KPDN DAN Touch ‘n Go RINTIS KERJASAMA TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN SEDIA ADA

WhatsApp Image 2023 01 27 at 9.12.05 AM

PUTRAJAYA, 25 Januari 2023 – Susulan tular isu berkaitan perkhidmatan Touch ‘n Go, satu sesi libat urus antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama para pegawai dari Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, dan wakil Syarikat Touch ‘n Go (TNG) telah diadakan.

Menurut YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), beberapa permasalah telah dibincangkan antaranya kesukaran mendapatkan kad TNG dan peranti Smart Tag di pasaran, kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang, penjualan kad TNG di platform atas talian oleh pihak ketiga pada harga yang berlipat kali ganda dan beberapa perkara lain lagi.

Oleh itu, pihak Pihak Touch ‘n Go telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan segera dengan Menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TNG di lokasi selain pusat sedia ada di KL Sentral dan

Bangsar; advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna bagi pemakluman tempoh kad yang akan luput serta advokasi bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad visa diterima namun kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam.

Tambahnya lagi, arahan juga telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan pasar atas talian untuk menurun iklan jualan kad TNG daripada pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual daripada pihak syarikat TNG dan pihak TNG juga diberi masa satu minggu untuk hasilkan pelan tindakan susulan seterusnya.

Tambahnya lagi, Bahagian Penguatkuasaan KPDN akan mengambil Tindakan undangundang terhadap mana-mana pihak yang menjual kad TNG melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Selain itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti tempoh pelaksanaan bagi penggunaan pembayaran tol menggunakan sistem RFID sepenuhnya di semua plaza tol dan syarikat konsesi perlu segera menambahbaik keupayaan teknologi imbasan RFID bagi mengelakkan kesesakan.