anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 LEBIH 50 RESTORAN TOMYAM DI SEKITAR LEMBAH KLANG TAWARKAN MENU RAHMAH

WhatsApp Image 2023 02 10 at 10.51.08 AM

KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI 2023 – Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia (PERTOM)  yang melibatkan lebih 50 restoran tomyam telah menawarkan Menu RAHMAH di sekitar Lembah Klang. Ini telah dirasmikan oleh Yb Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan  iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan.

Menurut YB Menteri, dengan tawaran harga sebuah hidangan seimbang yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.  

Program bersama Pengusaha Restoran Tom Yam dimulakan di sekitar Lembah Klang dan akan dikembangkan ke peringkat negeri dalam waktu terdekat. Pelaksanaan ini dibuat secara berperingkat melibatkan pengusaha restoran seluruh Malaysia.  

Tambahnya lagi, ini merupakan inisiatif Quick-Win kolaborasi antara Kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan ke seluruh negara.

KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini. KPDN serta Pejabat KPDN Negeri akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama pengusaha restoran untuk mempromosikan Menu Rahmah ini dan akan membangunkan direktori yang akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lokasi Menu Rahmah yang berhampiran dengan mereka.