anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 OPS TIRIS - DUA LELAKI DITAHAN PENGUAT KUASA KPDN

image

PUTRAJAYA, 16 MAC 2023 – Satu aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi Berjaya ditumpaskan menerusi OPS TIRIS dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nombor di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan yang disyaki dijadikan stor tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel pada 16 Mac 2023.

Menurut Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Bin Mohd Yusof, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya yang bermula kira-kira jam 4.00 pagi itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan oleh pihak KPDN selama dua (2) minggu sebelum itu.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 11,000 liter selain sebuah lori, beberapa tangki yang kosong dan berisi minyak diesel serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel. Pihak premis juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berhubung kebenaran untuk berurusan berkaitan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Minyak diesel, kenderaan lori, telefon bimbit, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM53, 550.00.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 15 Mac 2023, sebanyak 1,954 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 47 kes telah dihasilkan yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.07 juta.

Tambahnya lagi, KPDN akan mempergiatkan operasi ke atas pihak-pihak lain yang terlibat melalui proses pengauditan bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan ke atas barangan kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel ini dapat dibanteras daripada terus berleluasa.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat