anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 KEBENARAN PENGELUARAN GULA PUTIH BERTAPIS JERNIH SEBAGAI PILIHAN KEPADA PENGGUNA

image

PUTRAJAYA, 25 MEI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima permohonan daripada dua (2) syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan Gula Putih Bertapis Jernih di mana harganya tidak dikawal sebaliknya ditentukan oleh pasaran.

Menurut YB Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,permohonan ini adalah sebahagian daripada pelan pemasaran syarikat-syarikat tersebut untuk terus kekal berdaya saing dan lestari. Kerajaan bersetuju dengan permohonan ini kerana Gula Putih Bertapis Jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

Pihak MSM dan CSR juga telah diarahkan untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga yang dikawal oleh Kerajaan iaitu RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus). Kebenaran untuk penjualan Gula Putih Bertapis Jernih akan bermula pada 25 Mei 2023.

Tegasnya lagi, penjualan Gula Putih Bertapis Jernih ini tidak boleh menggantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus). Syarikat-syarikat pengeluar gula boleh diambil tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) yang mencukupi di pasaran. Begitu juga kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) kepada pelanggannya.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat