anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2023 PENGUMUMAN SHMMP PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2023

image

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2023-YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023.

SHMMP Pesta Kaamatan akan dilaksanakan pada 27 Mei 2023 sehingga 2 Jun 2023 dan SHMMP Hari Gawai pada 29 Mei 2023 sehingga 4 Jun 2023. Tempoh pelaksanaan Skim tersebut adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan.

SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat.

Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

Pengguna boleh menyemak senarai Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk Skim ini di peringkat pemborong dan peruncit melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my.

 

 

image

Oleh : Unit Komunikasi Korporat