JOHOR, 13 September 2024, Jumaat – YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini meluangkan masa dengan turun padang bagi menghadiri Program Jualan Rahmah MADANI bertempat di Dewan Mahkota, Kem Mahkota Kluang, Johor.
Pelabagai jualan barangan keperluan harian antaranya ayam segar, telur, beras, tepung, gula, bihun dan banyak lagi khusus buat warga sekitar Kem Mahkota, Kluang, Johor. Dalam penganjuran PJRM ini, KPDN masih mengamalkan konsep barang keperluan harian yang ditawarkan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran. Penganjuran PJRM ini sebagai salah satu usaha KPDN dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat