anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Media Berita KPDN Berita Terkini 2024 PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) DEEPAVALI 2024

image

KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2024, KHAMIS - Menjelang sambutan perayaan Deepavali 2024 pada 31 Oktober 2023, YB Datuk Armizan bin Mohd Ali hari ini telah mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 yang akan berkuatkuasa pada 28 Oktober hingga 3 November ini bertempat di SAM’S GROCERIA SDN.BHD, NU Sentral, Kuala Lumpur .

Tempoh pelaksanaan selama tujuh hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenal pasti sebanyak lapan jenis barangan yang dikawal di bawah skim ini. Barangan tersebut ialah:

1.Daging kambing biri-biri bertulang import

2.Tomato

3.Cili merah

4.Kelapa biji (Harga maksimum di peringkat borong sahaja)

5.Kelapa parut (Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)

6.Bawang merah kecil (India) termasuk Ros;

7.Bawang merah besar import; dan

8.Kacang dal (Australia)

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat