Inisiatif Jualan RAHMAH MADANI
PENGENALAN
- Program Jualan RAHMAH (PJRM) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.
- PJRM merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH.
- Program Jualan RAHMAH (PJRM) merupakan program jualan murah sepanjang tahun 2024 oleh pasaraya besar dan pasaraya. KPDN menyasarkan potongan harga barang sebanyak 10% - 30% dengan keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah. PJRM ini dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
- Program Jualan RAHMAH ini telah dilancarkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Mantan YB Menteri KPDN pada 11 Januari 2023.
- Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.
OBJEKTIF
KUMPULAN SASAR PROGRAM
KONSEP DAN MODEL PELAKSANAAN PROGRAM
SEKRETARIAT JUALAN RAHMAH
Sebarang maklumat lanjut berhubung Program Jualan RAHMAH sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup
Tel : 03-8882 6323/ 6971/ 5790/ 6185/ 6487/ 5769
Emel :