Semua sesi kaunseling/ psikologi yang dilaksanakan adalah bersifat rahsia KECUALI empat (4) keadaan berikut:
- Jika maklumat yang dikongsi akan / boleh membahayakan diri klien, orang lain.
- Bagi kes rujukan, satu (1) laporan ringkas akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan (KJ) / penyelia / pegawai yang merujuk;
- Berlaku pelanggaran undang-undang, peraturan negara dan organisasi yang sedia ada seperti jenayah dan sebagainya; dan
- Sekiranya Pegawai Psikologi / Penolong Pegawai Psikologi / Ahli AKRAB disapina oleh mahkamah.