- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN
Bahagian Undang-undang
Pendahuluan
Bahagian Undang-Undang (BUU) diwujudkan pada tahun 1990 seiring dengan penubuhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan perundangan yang profesional dan cekap kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkaitan.
Semua pegawai undang-undang ditempatkan secara kader di Kementerian oleh Jabatan Peguam Negara dan bertugas sama ada sebagai Peguam Persekutuan, Peguam Kanan Persekutuan atau Timbalan Pendakwa Raya. Oleh itu, semua pegawai undang-undang di KPDN adalah juga tertakluk kepada semua Arahan Peguam Negara, Arahan Pendakwa Raya dan apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara dari semasa ke semasa.
Objektif
Fungsi
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.
Tel : 03-8882 5781