- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN
Pengenalan
Pendahuluan
Bahagian Subsidi dan Bekalan ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan semula organisasi KPDN dan dibahagikan kepada dua seksyen iaitu, Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 1 dan Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 2.
Bahagian Subsidi dan Bekalan (BSB) ditubuhkan untuk mengawal selia Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (Pelesenan CSA); Pengurusan Subsidi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilisation Scheme - COSS), Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL), dan Pengurusan Kebenaran Import / Eksport Barang Kawalan bagi produk Gula, Tepung Gandum, Simen, dan Topeng Muka.
Kawal selia ini juga tertakluk di bawah punca kuasa yang berikut:
- Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]
- Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144]
- Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 [P.U.(A) 103/74]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 [P.U.(A) 18/96]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2020 [P.U.(A) 88]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 397]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2022 [P.U.(A) 254]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021 [P.U.(A) 427]
- Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Penandaan Barang-Barang Kawalan) 2022 [P.U.(A) 252]
- Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 3) 2018 [P.U.225]
- Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 7) 2020 [P.U.312]
- Surat Arahan Pengawal Bekalan
Barang-barang yang diwartakan sebagai barang kawalan di Jadual, Bahagian I, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Jadual Pertama Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 seperti yang dinyatakan di pautan berikut: Barang-barang kawalan
Objektif Bahagian
Fungsi Bahagian