- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN
BAHAGIAN SUBSIDI DAN BEKALAN
Pendahuluan
Bahagian Subsidi dan Bekalan ditubuhkan pada 1 Januari 2020 hasil penstrukturan
semula organisasi KPDN dan dibahagikan kepada dua seksyen iaitu, Seksyen
Kawal Selia Barang Kawalan 1 dan Seksyen Kawal Selia Barang Kawalan 2.
Bahagian Subsidi dan Bekalan (BSB) ditubuhkan untuk mengawal selia Pelesenan
Barang-Barang Kawalan Berjadual (Pelesenan CSA); Pengurusan Subsidi Skim
Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilisation Scheme - COSS),
Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL), dan
Pengurusan Kebenaran Import / Eksport Barang Kawalan bagi produk Gula, Tepung
Gandum, Simen, dan Topeng Muka.
Kawal selia ini juga tertakluk di bawah punca kuasa yang berikut:
● Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]
● Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144]
● Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 [P.U.(A) 103/74]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 [P.U.(A) 18/96]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2020
[P.U.(A) 88]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2021
[P.U.(A) 397]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2022
[P.U.(A) 254]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021 [P.U.(A) 427]
● Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Penandaan Barang-Barang Kawalan)
2022 [P.U.(A) 252]
● Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum)
(No. 3) 2018 [P.U.225]
● Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum)
(No. 7) 2020 [P.U.312]
● Surat Arahan Pengawal Bekalan
Barang-barang yang diwartakan sebagai barang kawalan di Jadual, Bahagian I,
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Jadual Pertama Peraturan 2,
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 seperti yang dinyatakan di
pautan berikut: Barang-barang kawalan
Objektif Bahagian
Fungsi Bahagian