|
BIL. |
PIAGAM PELANGGAN |
BAHAGIAN |
|
1 |
Memberikan arahan sewajarnya kepada pegawai penyiasat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Kertas Siasatan diterima. |
BUU |
|
2 |
Mengendalikan sesuatu tindakan sivil Kementerian dengan memastikan tindakan awalan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap. |
BUU |
|
3 |
Menyemak dan/atau menggubal perundangan utama/ subsidiari sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan dalam tempoh empat (4) minggu bekerja dengan syarat hal perkara dasar dan isu Kementerian telah diselesaikan. |
BUU |
|
4 |
Memberi pandangan undang-undang berkualiti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap. |
BUU |
|
5 |
Menyemak dan menggubal perjanjian, instrumen dan dokumen antarabangsa dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap. |
BUU |
|
6 |
Mengemukakan akuan penerimaan aduan integriti kepada pengadu dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh aduan diterima (bagi aduan beridentiti). |
UI |
|
7 |
Memaklumkan tindakan yang diambil ke atas aduan integriti yang diterima kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Maklumat bersidang (bagi aduan beridentiti). |
UI |
|
8 |
Memaklumkan keputusan tatatertib kepada pegawai yang dihukum dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat Lembaga Tatatertib bersidang. |
UI |
|
9 |
Mengemaskini maklumat dalam laman web / portal Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas maklumat disahkan oleh Bahagian yang terlibat. |
UKK |
| 10 |
Menyediakan Pemerhatian Audit dalam tempoh 45 hari selepas pengauditan dijalankan. |
BAD |
|
11 |
Melaksanakan naziran/ siasatan khas dalam tempoh 14 hari selepas mendapat arahan Pegawai Pengawal. |
BAD |
|
12 |
Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian Audit Dalam kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya. |
BAD |
|
13 |
Menyediakan maklumbalas Mesyuarat Jemaah Menteri, Pertanyaan Parlimen dan Teks Ucapan Penggulungan Parlimen dalam tempoh tujuh (7) hari. |
BDPSA |
|
14 |
Mengeluarkan kelulusan permohonan Notis untuk mengadakan Jualan Murah oleh pemilik perniagaan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
BP |
|
15 |
Menguruskan dan mengeluarkan Label Cakera Optik kepada pemilik kandungan atau orang yang dibenarkan oleh pemilik kandungan cakera optik dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
BP |
|
16 |
Memaklumkan keputusan permohonan Lesen Jualan Langsung setelah semua dokumen/ maklumat lengkap diterima dan memperolehi kelulusan Pengawal Jualan Langsung dalam tempoh 7 hari bekerja. |
BPJL |
|
17 |
Mengeluarkan surat pengesahan pendaftaran Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) untuk dipertimbangkan supaya disenarai tetapkan di pasar raya asing dan tempatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan diterima. |
BPP |
|
18 |
Memaklumkan keputusan bagi permohonan Penandaan Logo Barangan Malaysia dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. |
BPP |
|
19 |
Mengeluarkan kelulusan permohonan baharu dan pembaharuan Lesen Timbang dan Sukat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas naziran daripada Bahagian Penguatkuasa selesai. |
SPIP |
|
20 |
Mengeluarkan kelulusan permohonan baharu dan pembaharuan Lesen Mengilang Cakera Optik dalam tempoh 14 hari selepas pemohonan lengkap diterima. |
SPIP |
|
21 |
Mengeluarkan kelulusan permohonan baharu dan pembaharuan Permit Ejen Pemilikan Semula dalam tempoh lima (5) hari selepas keputusan tapisan diterima dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). |
SPIP |
|
22 |
Mengeluarkan kelulusan permohonan baharu dan pembaharuan Lesen Syarikat Asing untuk menjalankan perniagaan Perdagangan Pengedaran di Malaysia dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Pengedaran (JKPP) Induk/ Mingguan selepas semua dokumen dan kuiri dilengkapkan. |
SPIP |
|
23 |
Maklumbalas kertas/dokumen/maklumat cadangan berkaitan kos sara hidup daripada pihak luar dan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi KPDN dalam tempoh 14 hari bekerja. |
NACCOL |
|
24 |
Paparan harga barangan keperluan pengguna yang dikutip secara harian ke dalam Aplikasi PriceCatcher sebelum jam 12.00 tengah hari termasuk hari Sabtu dan Ahad kecuali cuti umum. |
BHBN |
|
25 |
Mengemukakan maklum balas bagi permohonan data harga yang dipohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. |
BHBN |
|
26 |
Memberi maklum balas permintaan data yang dipohon oleh pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja. |
BAED |
|
27 |
Memaklumkan keputusan permohonan baharu/ pembaharuan/ pindaan kebenaran Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA)/ Lesen Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) dalam masa tujuh (7) hari bekerja. |
BKSP |
|
28 |
Mencetak dan memaklumkan pengeluaran kebenaran Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA)/ Lesen Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) setelah menerima pembayaran daripada pemohon dalam masa tujuh (7) hari bekerja. |
BKSP |
|
29 |
Memproses pemfailan Notis Rayuan beserta permohonan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh pemfailan didaftarkan. |
TRP |
|
30 |
Menyelaras pendengaran permohonan dan rayuan di hadapan panel dengan adil dan saksama dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pemfailan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. |
TRP |
|
31 |
Memproses pemfailan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) dalam tempoh 1 hari selepas permohonan lengkap diterima. |
TTPM |
|
32 |
Memproses pemfailan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (Borang 2) dalam tempoh 1 hari selepas permohonan lengkap diterima. |
TTPM |
|
33 |
Pengeluaran award pada hari yang sama selepas keputusan dikeluarkan. |
TTPM |
|
34 |
Kelulusan Permohonan Pendaftaran Aktiviti Perniagaan Syarikat (Business Activity Registration) dalam Sistem MySAFE dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. |
BSK |
|
35 |
Kelulusan permohonan Notifikasi (Notification) Sistem mySAFE dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
BSK |
|
36 |
Kelulusan permohonan Surat Penjelasan (Clarification) Sistem mySAFE dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima. |
BSK |
|
37 |
Mengemukakan akuan penerimaan aduan dalam masa 1 hari bekerja selepas penerimaan maklumat aduan yang lengkap. |
BGK |
|
38 |
Mengemukakan maklum balas aduan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas selesai siasatan aduan. |
BGK |
|
39 |
Membuat bayaran dalam tempoh 10 hari bagi tuntutan yang lengkap diterima. |
BKPK |
|
40 |
Mewujudkan pemilik kompetensi di dalam aplikasi HRMIS bagi lantikan baharu dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. |
BPSM |
|
41 |
Memaklumkan surat kelulusan permohonan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh keputusan diperolehi berkaitan urusan perkhidmatan seperti berikut: [permohonan menghadiri kursus swasta, permohonan pembiayaan perubatan, permohonan kemudahan elaun pakaian panas, permohonan kemudahan Bayaran Imbuhan Tugas Kewangan (BITK), permohonan kemudahan Bayaran Imbuhan Tugas Pengurusan Stor (BITPS)] |
BPSM |
|
42 |
Menyediakan Kew.8 dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan oleh Pihak Berkuasa Melantik/ Pegawai Pelulus bagi urusan perkhidmatan berikut: (pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pegawai bertukar keluar, pegawai bertukar masuk) |
BPSM |
|
43 |
Mengemukakan maklum balas awal bagi aduan ICT dalam tempoh satu (1) jam aduan diterima pada hari bekerja. |
BPM |
|
44 |
Mengeluarkan surat keputusan permohonan projek ICT dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian dan pengesahan melalui Sistem Profil Projek ICT Sektor Awam. |
BPM |
|
45 |
Membuat bayaran selain pukal dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh Arahan Pembayaran diperaku 2. |
BA |
|
46 |
Membuat bayaran pukal dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh terima Fail AP504. |
BA |
|
47 |
Memproses permohonan pendahuluan diri pelbagai dan pinjaman kenderaan/ komputer dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. |
BA |
|
48 |
Memproses maklum balas pertanyaan/ aduan berkaitan perakaunan dan kewangan termasuk sistem dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
BA |
Piagam
Piagam Pelanggan
Kementerian ini adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan mengikut piagam yang ditetapkan seperti berikut :

