- KETUA SETIAUSAHA
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PEMBANGUNAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
- TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENDAYAUPAYAAN PENGGUNA DAN PENGURUSAN
Bahagian Gerakan Kepenggunaan
Latar Belakang
Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP) diwujudkan dalam tahun 1976 berikutan penubuhan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) pada tahun 1973 untuk memberi Khidmat Keurusetiaan kepada Majlis di samping menjalankan aktiviti kepenggunaan.
Pada tahun 1985, BHEP telah dicantumkan dengan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri untuk meningkatkan lagi keberkesanan fungsi Bahagian tersebut. Tetapi kerana isu kepenggunaan merangkumi perspektif yang luas, BHEP telah diwujudkan kembali pada Ogos 1989 agar aspek kepenggunaan diberi perhatian dan penekanan yang sewajarnya.
Walaubagaimanapun, dengan pewujudan Kementerian baru berikutan rombakan Kabinet pada 27 Oktober 1990, fungsi, peranan dan tanggungjawab BHEP telah dipertingkatkan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memfokuskan kepada kepentingan pengguna.
Pada Ogos 2009 Bahagian Hal Ehwal Pengguna (BHEP) telah ditukar nama kepada Bahagian Gerakan Kepenggunaan (GK) selaras dengan kemasukan bahagian dan agensi lain dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang telah dibubarkan. Pertukaran nama ini adalah selaras dengan fungsi dan tanggungjawab GK yang telah diperbesar dan diperkukuhkan.
Pendahuluan
Visi & Misi
Objektif
Fungsi
BAHAGIAN GERAKAN KEPENGGUNAAN
No. 13, Aras 4 (Podium 1),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia.
Tel :03-8882 5888
Fax :03-8882 5983
Fax :03-8882 5983