anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Info Korporat Fungsi KPDN

KPDN menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.

Bidang Tugas Kementerian :

Perdagangan Dalam Negeri

  • Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum;
  • Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
  • Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
  • Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
  • Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
  • Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
  • Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.

Kepenggunaan

  • Melaksanakan program pendidikan pengguna;
  • Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
  • Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.