Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SSM BERBAKTI DI SELAMA

SELAMA, (PERAK) 20 APRIL 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Zakat bertempat di Dewan Majlis Daerah Selama, dekat sini.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hadir merasmikan majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan zakat berjumlah RM200,000 kepada 1,000 penerima dari sekitar Parlimen Larut.

Dato’ Seri Hamzah turut menyampaikan dua mesin dialisis, satu unit mesin dialiser, dan satu unit mesin reverse osmosis berjumlah RM157,000, sumbangan daripada SSM, ketika lawatan beliau ke Hospital Selama.

Hadir sama, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive