Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNKK DAN TESCO ANJUR PROGRAM CITARASA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalin kerjasama dengan TESCO Malaysia dalam penganjuran Program Citarasa Malaysia (PCM) yang disempurnakan perasmiannya oleh menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin di Tesco Extra Ampang di sini petang tadi.

Program PCM yang bermula dari 26 April sehingga 1 Mei 2017 adalah untuk mempromosikan produk keluaran tempatan.

Dato’ Seri Hamzah  merakamkan ucapan tahniah kepada 20 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan di atas pengiktirafan pencapaian nilai jualan tertinggi sepanjang tahun 2016 daripada Tesco Malaysia.

Pelbagai aktiviti dirancang bagi memperkenalkan produk-produk PKS tempatan kepada pengguna untuk meningkatkan tahap penerimaan mereka terhadap produk buatan tempatan.

Antara program yang berlangsung disepanjang program ini adalah food sampling, merchandising dan business matching.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Basarudin Sadali, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie dan pegawai-pegawai tertinggi KPDNKK.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive