Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SMK SG. BAYOR CATAT SEJARAH TERSENDIRI

SUNGAI BAYOR, 29 APRIL 2017 – Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMK Sg. Bayor) yang terletak di daerah kecil Selama, Perak menjadi sekolah luar bandar yang dipilih Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi program IP Funtastic tahun ini.

Majlis Penutup Program IP Funtastic anjuran MyIPO hari ini disempurnakan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Larut memuji semangat serta kegigihan warga kerja serta pelajar sekolah ini yang mampu menunjukkan prestasi cemerlang untuk menjadikan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah terbaik di negeri Perak.

Katanya, kejayaan yang diraih sekolah ini membolehkan ramai yang mula memberi tumpuan terhadap prestasi sekolah ini yang semakin meningkat naik.

Beliau kemudian meluluskan peruntukan untuk pembinaan tandas di surau baharu sekolah itu selain memberi hadiah kecermelangan bagi pencapaian akademik pelajar-pelajarnya.

IP Funtastic merupakan program pendedahan kepada guru dan pelajar mengenai modul teknologi mereka cipta aplikasi dan laman web yang akan dimuat naik ke Portal IP for Youngsters, portal idea dan aplikasi mudah alih hasil kreativiti pelajar seluruh Malaysia.

Turut hadir ,Pengerusi MYIPO Dato’ Sri Haji Abdul Manan Ismail, ADUN Selama, Dato’ Haji Mohamad Daud Haji Mohd Yusoff, ADUN Kubu Gajah Tuan Ahmad Hasbullah Alias, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Basarudin Sadali dan Ketua Setiausaha Dato’ Razali Othman serta Ketua Pengarah MyIPO Dato’ Shamsiah Kamaruddin.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive