PUTRAJAYA, 8 JUN 2017 – Kehadiran kira-kira 900 tetamu di majlis berbuka puasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung di Anjung Seri Kompleks KPDNKK petang tadi menambah seri dan kemeriahannya.
Majlis tersebut turut dihadiri Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Timbalannya, Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK Dato Sri Jamil Salleh, ketua-ketua agensi dan Pengarah- pengarah Jabatan KPDNKK.
Majlis bermula dengan penyampaian sumbangan zakat Bank Rakyat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) oleh Dato’ Seri Hamzah Zainudin.
Seramai 90 penerima sumbangan masing-masing 30 anak yatim Rumah Persatuan Kebajikan Baitulmakmur, Persatuan Ibu Tunggal dan bekas-bekas jaguh sukan negara yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
Selain itu, sebanyak 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan lain-lain persatuan menerima sumbangan yang disampaikan Dato’ Seri Hamzah.
Dato’ Seri Hamzah kemudiannya bersama tetamu menunaikan solat Maghrib, Isyak serta sunat tarawih di Dewan Serbaguna KPDNKK.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK