Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SAMBUTAN HARI KOPERASI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

RAWANG, 5 OGOS 2017- Kira-kira 15,000 pengunjung termasuk koperator membanjiri Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Selangor sempena Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Selangor yang bermula sejak 4 hingga 6 Ogos 2017.

Program yang menyediakan pelbagai aktiviti termasuk pameran produk dari koperasi-koperasi di negeri itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh.

Sambutan HKN 2017 Peringkat Negeri Selangor memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya kepada para usahawan dan Koperasi yang mengambil bahagian serta kepada para penduduk di Bandar Tasik Puteri, Selangor ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive