KUALA LUMPUR , 22 JULAI 2017- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Pengguna Sekolah (KPS) Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Cheras, turut mengambi bahagian dengan membuka Booth Kepenggunaan sempena Hari Karnival Sekolah ASiS 2017 baru–baru ini.
Antara aktiviti yang berlangsung di booth termasuk sesi Taklimat / Penerangan kepada pelajar dan orang awam mengenai isu-isu kepenggunaan, Kuiz Kepenggunaan dan hadiah kepada pemenang, serta promosi untuk menjadi “Friends of KPDNKK” (FoK).
Selain pelajar dan ibu-bapa dari ASiS, turut hadir di karnival adalah pelajar dari sekolah yang berdekatan termasuk Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Teknik, Cheras.
Oleh : KPDNKK WP Kuala Lumpur