Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KOPERASI ALU-ALUKAN PENYERTAAN ORANG MUDA

SELAMA, 21 JULAI 2017 – Selaras hasrat TN50, suara dan penyertaan orang muda dalam gerakan koperasi boleh membantu meningkatkan produktiviti, inovatif serta berdaya saing dengan idea-idea yang menjurus kepada keperluan golongan ini menjelang tahun 2050 kelak.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kita amat mengalu-alukan pandangan atau cadangan golongan muda supaya gerakan koperasi ini relevan sepanjang masa.

Katanya, gabungan antara orang muda dan orang lama menjadikan sesebuah koperasi tu lebih mantap dan sesuai untuk semua golongan.

“Saya mahukan agar Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk membolehkan golongan muda ini memberikan idea atau cadangan mereka kerana sebagai pemimpin akan datang , mereka perlu dilibatkan dalam pembentukan dasar atau landskap masa depan,” ujarnya ketika melancarkan Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Perak di padang Majlis Daerah Selama disini hari ini.

Dianggar 20,000 ahli koperasi dari seluruh negeri menghadiri sambutan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Gerai pameran yang disertai agensi kerajaan dan gerakan koperasi mewarnai sambutan kali ini dengan mempamerkan pelbagai produk yang dihasilkan.

Dato Seri Hamzah berkata, Sambutan Hari Koperasi akan disambut di semua negeri bagi membolehkan ahli-ahli koperasi mengambil bahagian sama ada sebagai pempamer mahupun pengunjung.

“Dengan cara ini, sesebuah koperasi boleh mempamerkan produk-produk mereka disamping menambah pengetahuan melalui pertukaran maklumat dan pengalaman diantara mereka,” katanya.

Sebanyak lapan kategori pertandingan diadakan. Antaranya, Tokoh Koperasi yang dimenangi Zolkepli Samuri, Sekolah menjadi milik Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor, Kuala Kangsar, Perindustrian Dan Asas Tani disandang Koperasi Penternak Tenusu Negeri Perak.

Kategori Perkhidmatan dan Kewangan dimenangi Koperasi Pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Ipoh, Pemborong Dan Peruncitan memihak kepada Koperasi Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak, Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan dimenangi Koperasi Gabungan Pekebuhn Kecil Perak Berhad,

Perladangan pula menjadi milik Koperasi gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan disandang Koperasi Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive