Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

THE MANHANTTAN FISH MARKET GONDOL EMPAT ANUGERAH

KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER  2017 –  The  Manhattan Fish Market (MFM) Francais yang diusahakan Revenue Valley Sdn. Bhd berjaya merangkul empat anugerah serta dinobatkan selaku penerima Anugerah Francais Terbaik 2017 pada Malam Anugerah Francais Malaysia (MAF 2017 ) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Majlis anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disempurnakan Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

MFM berjaya mengetepikan saingan daripada 17 jenama francais yang tersenarai ke prinmgkat akhir bagi edsi ke 20 itu. Syarikat ini turut menerima tiga anugerah lain apabila dinobatkan sebagai Francaisor Terbaiik, Francaisor Antarabangsa Terbaik dan Francais Harapan Malaysia Terbaik.

Mereka menerima trophi dan sijil yang disampaikan Menteri KPDNKK. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Pengerusi MFA, Datuk Wira Mohd. Latip Samugi

Anugerah Francaisor Harapan Terbaik menjadi milik Tea Tarik Place Sdn. Bhd, Anugerah Francais Malaysia Terbaik .dimenangi Koperasi Permodalan Felda Berhad.

Koperasi ini yang merupakan francaisi kepada Ar-Rahn dan Top Notch Establishment Sdn. Bhd. Iaitu francaisi kepada McDonald’s memenangi Anugerah Francais Harapan Antarabangsa Terbaik.

Kira-kira 500 tetamu dari pelbagai agensi dan syarikat korporat menghadiri majlis yang mengiktiraf sumbangan ke arah pembangunan industi francais di Malaysia selain menggalakkan inovasi – inovasi tempatan dalam industri tersebut.

Sementara itu, Anugerah Tanggungjawab Sosial (CSR) Francais Terbaik  dimenangi AVON Cosmetivcs (M) Sdn. Bhd manakala Inovasi Francais Terbaik pula menjadi milik MyHomme Group (M) Sdn. Bhd.

Lebih 60 penyertaan diterima untuk anugerah pada kali ini dan hanya 27 calon sahaja layak ke peringkat akhir.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive