ELAMA, 2 DISEMBER 2017 – Program menanam pokok sempena sambutan Ulangtahun Kelima AEON Big telah diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak, Larut, Selama pagi ini.
Program yang dirasmikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin itu disertai kira-kira 200 peserta.
Benih pokok buah-buahan seperti durian, mempelam, rambutan adalah di antara kira-kira 2000 benih pokok yang ditanam sempena program keindahan dan kehijauan alam sekitar itu.
AEON Big yang memilih tema “TERIMA KASIH MALAYSIA DI ATAS SOKONGAN BESAR AND ” dilaksanakan dengan usahasama KPDNKK. Kementerian ini juga sentiasa menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak AEON termasuk membangun serta memasarkan produk-produk tempatan ke pasaraya besar.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Dato’ Basaruddin Sadali, Pengarah Urusan AEON Big, Masayoshi Masuda dan Pengarah KPDNKK Perak, Saifullizan Kamarul Zaman.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK