IPOH, 24 NOVEMBER 2017 – Tiga isu yang merangkumi isu poltik, ekonomi dan sosial menjadi resolusi Permukiman Pegawai-pegawai Penyelaras Parlimen (PPP) Zon Semenanjung Malaysia yang diadakan di Hotel Impiana Ipoh mulai 22 hingga 24 November lalu.
Permukiman yang disertai kira-kira 80 orang PPP itu bersepakat bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memberi perhatian serius supaya suara dan hak pengguna menjadi agenda negara.
Usul yang dibentangkan Ketua PPP, Dato’ Hasnah Salam itu antara lain mahukan supaya satu makenisme perlu diambil bagi memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan dan makanan atas alasan seperti kenaikan harga minyak, harga barang mentah dan sebagainya.
Selain itu, Friends Of KPDNKK (FOK) perlu diperkasa supaya gelombang sukarela pengguna ini benar-benar dapat dimanfaatkan untuk menjadi pelindung kepada kebajikan dan nasib pengguna-pengguna lain.
Program ini dirasmikan Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan penutupnya disempurnakan Timbalan Menterinya, Dato’ Henry Sum Agong.
Ketika merasmikan Program Permukiman ini, Dato’ Seri Hamzah menyarankan PPP agar berusaha menambah jumlah keahlian FOK di samping memikirkan kaedah yang efektif bagi menggembleng lebih 850,000 ahli sedia ada supaya mereka menikmati faedah selain berfungsi sebagai mata dan telinga KPDNKK.
Beliau turut mengumumkan Dato’ Hasnah Salam sebagai Ketua PPP bagi menyelaras semua program dan aktiviti membabitkan PPP ini supaya lebih sistematik dan berstruktur.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK