Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

1250 PELAJAR DAPAT BANTUAN PERSEKOLAHAN

BATU KURAU, 11 NOVEMBER 2017 –  Syarikat swasta, Philips Morris hari ini berjanji  memberikan komitmen untuk memasukkkan nama Parlimen Larut di dalam program Tanggungjawab Sosial (CSR) syarikat itu setelah berbuat demikian sejak tiga tahun lalu dalam Program Back To School Parlimen Larut yang diadakan di Arena Batu Kurau, di sini.

Program usahasama Yayasan Salam Malaysia (Salam Malaysia) dan Parlimen Larut itu menyediakan pakaian dan peralatan persekolahan kepada 1250 pelajar terpilih daripada sekolah-sekolah di dalam Parlimen itu.

Majlis disempurnakan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin. Dalam ucapannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Larut memuji inisiatif yang dilakukan Philip Moriis dan Salam Malaysia bagi membantu pelajar-pelajar di dalam Parlimen ini. Ia memudahkan ibubapa membuat persiapan awal menjelang musim persekolahan tahun depan.

Inisiatif Philip Morris dan Salam Malaysia mengadakan program CSR mereka di sini bagi membantu meringankan beban yang ditanggung ibubapa yang terlibat.

Jumlah penerima bagi tahun ini meningkat daripada jumlah pada tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mendapat peluang yang disediakan ini.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive