Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNKK DI EKSPRESI NEGARAKU

PUTRAJAYA, 18 MAC 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut mengambil bahagian dalam program #Ekspresi #Negaraku yang dilangsungkan di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini.

Penyertaan KPDNKK menerusi booth pameran yang disertai dua tiga bahagian dan tujuh agensi di dalam kementerian ini mendapat kunjungan ramai terutama bagi orang ramai yang ingin mendaftar sebagai “Friends Of KPDNKK ”  (FOK).

Hampir 600 permohonan baharu FOK diterima sejak awal pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Kehadiran orang ramai sebaik menamatkan larian santai sejauh tiga kilometer menjadikan kawasan booth kementerian ini sesak.

Kehadiran Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha serta beberapa pegawai kanan KPDNKK serta agensi-agensinya turut menyuntik semangat dan motivasi untuk petugas-petugas di booth ini.

Kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak ke booth ini selepas majlis pelancaran program itu memberi makna yang besar kepada semua petugas. Semua yang berada di situ, menyambut kehadiran beliau dengan rasa gembira.

Dato’ Sri Mohd. Najib yang dihadiahkan kad 1 Pengguna dan kemeja-T Friends Of KPDNKK meninggalkan kesan yang positif dalam usaha kementerian ini menambah jumlah keahlian FOK ke 800,000 menjelang akhir tahun ini,

Beliau kemudian menurunkan tandatangan di buku pelawat sebelum beredar ke booth-booth lain yang mengambil bahagian.


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive