PUTRAJAYA, 18 SEPTEMBER 2018 – Produk makanan tempatan seperti nasi lemak, tosai, dim sum serta banyak lagi perlu di perluaskan ke pasaran antarabangsa melalui perniagaan francais kerana dengan cara ini dapat membantu memperkenalkan prodok-produk tempatan ke peringkat yang lebih jauh.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan usahawan tempata untuk merebut peluang ini untuk membawa produk tempatan ke peringkat antarabangsa melalui sistem francais.
Katanya, belum banyak produk dan makanan tempatan yang difrancais dan meminta supaya usahawan mencari peluang dan ruang untuk mengembangkan perniagaan ini ke peringkat luar.
Pelbagai kaum yang terdapat di negara ini dan di negara luar membolehkan pasarannya berkembang. Beliau berharap agar produk tempatan ini dapat melangkah jauh ke luar negara.
Beliau berucap ketika merasmikan Majlis Anguerah Francais Malaysia di Hotel Marriot di sini, malam tadi. Anugerah Francais terbaik 2018 dimenangi Global Art And Creative Sdn.Bhd yang menerima trofi serta sijil yang disampaikan Perdana Menteri.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Asmah Mohd. Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan, Haji Redzuan Mohd. Yusof dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Dato Radzali Hassan.
Program tahunan ini memberi pengiktarafan kepada francais tempatan yang membantu dalam perkembangan ekonomi negara di samping membantu melonjakkan industri ini agar terus berkembang samada di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP