Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SSM TABUR BAKTI DI RELAU, KEDAH

image

BANDAR BAHARU, 2 SEPTEMBER 2018 –     Sejumlah RM 139,500 sumbangan zakat korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diagihkan kepada lebih 300 orang kurang berkemampuan dan 20 institusi fisabilillah melalui Program Kayuhan Dan Sentuhan Kasih yang diadakan di Relau dekat sini, hari ini.

Program kayuhan yang disertai kira-kira 50 peserta bermula dari perkarangan Masjid An-Naim, Kampung Sungai Kecil Hilir, Nibong Tebal, Pulau Pinang sejauh 20 kilometer dan membuat persinggahan di lima buah rumah orang kurang berkemampuan untuk membuat penyerahan sumbangan dan barangan keperluan dapur.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd. Wahab Fenner mengetuai program kayuhan ini yang dilepaskan Pengerusi SSM yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Sri Jamil Salleh.

Kayuhan yang berakhir di Dewan KEDA Relau disusuli majlis bersama Menteri KPDNHEP, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Kulim / Bandar Baharu berterima kasih kepada SSM kerana memilih Relau sebagai lokasi program yang memberikan kesan positif kepada penduduk setempat.

Katanya, sebanyak RM 50,000 disalurkan kepada 250 asnaf, RM 60, 000 untuk 20 institusi fisabilillah seperti sekolah, surau, masjid, madrasah serta maahad tahfiz di kawasan itu.

SSM turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM 29,500 kepada 15 keluarga yang memerlukan bantuan. Mereka menerima wang tunai RM 1,000 berserta barangan keperluan asas bernilai RM 300 setiap satu. Seramai 50 golongan bukan Bergama Islam turut menerima sumbangan sebanyak RM 200 setiap seorang.

Dato’ saifuddin menganggap usaha ini sebagai satu inisiatif yang baik dan wajar diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan sebagai memenuhi tuntutan keperluan harian mereka.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive