Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDNHEP PERKENAL NOMBOR ADUAN MELALUI WHATSAPP

image

KULIM, 1 SEPTEBER 2018 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memperkenalkan satu lagi saluran untuk memudahkan orang ramai membuat aduan kepada kementerian dengan memperkenalkan aplikasi whatsapp di talian 019- 2794319.

Pengguna hanya perlu menaip aduan pengguna dan diikuti aduan yang hendak dilaporkan .Talian yang dikendalikan Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) ini akan memberikan makluman penerimaan aduan tersebut secara automatik sementara ia dirujuk kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapat jawapannya.

Menterinya, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail berkata, KPDNHEP turut menyediakan saluran lain seperti di portal rasmi KPDNHEP, emel http://eaduan.kpdnkk.gov.my, SMS ke 15888 dengan menaip “ KPDNKK ADUAN”, aplikasi telefon pintar – EzAdu KPDNKK, media sosial seperti twitter dan facebook KPDNKK serta menyalurkan ke mana-mana pejabat KPDNKK berhampiran, pejabat Penghulu dan di pusat aduan bergerak.

Katanya, saluran baharu ini membolehkan pengguna menyalurkan aduan dengan cepat dan mudah supaya tindakan segera boleh diambil oleh pihak penguatkuasa kementerian ini.

“Kita bersikap telus dalam mendengar masalah pengguna dan saluran ini membolehkan pengguna menyalurkan semua aduan kepada KPDNHEP dengan mudah. Saya juga mahukan agar maklumat yang disalurkan itu tepat, mengandungi butir-butir yang lengkap seperti lokasi, tarikh, resit pembelian serta butir-butir aduan,” ujarnya selepas melakukan pemeriksaan Operasi Ops Catut 5.0 di Pusat Servis Telagamas Motor Sbd. Bhd di Taman Kempas 2 di sini, hari ini.

Menurutnya, pada hari pertama pelaksanaan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan (SST) ini, pihaknya banyak menerima aduan pengguna mengenai harga makanan dan minuman di beberapa restoran dan kedai minuman.

Beliau akan mengarahkan pegawai-pegawai penguatkuasa mengumpul dan menganalisa semua aduan bagi mengetahui trend dan barangan yang paling banyak menerima aduan. Langkah ini penting bagi KPDNHEP mengetahui sektor yang terlibat dan tindakan susulan yang bakal diambil.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive