Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERKASA BAHASA MELAYU DAN PUPUK BUDAYA MEMBACA

image

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2019 – Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipelawa untuk menjadikan budaya membaca sebagai satu tabiat mereka di masa lapang.

Membaca ini bergantung kepada minat dan kecenderungan seseorang terhadap topik atau jenis buku yang hendak dibaca. Kajian yang dijalankan pada 2014 mendapati tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia hanya tujuh buku setahun berbanding rakyat Barat yang membaca sekurang-kurangnya 40 buku setahun.

Budaya membaca dikalangan pejawat awam pula banyak terarah kepada buku ilmiah yang popular dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan jabatan.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarkan program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat KPDNHEP ini hari ini bertempat di Perpustakaan kementerian ini.

Beliau yang berkongsi inti pati buku yang dibacanya dengan hadirin menyeru agar budaya membaca ini dijadikan tabiat harian. Katanya, bagi seorang Muslim, sekurang-kurangnya satu atau dua helai daripada naskah Al- Quran perlu dibaca setiap hari untuk memupuk iman dan hati yang tenang.

Beliau turut menyumbangkan beberapa naskah buku kepada perpustakaan ini untuk dikongsi oleh warga kementerian. Turut mewakafkan buku mereka, Timbalan menteri, Tuan Chong Chien Jen, Ketua Setiausaha , Datuk Muez Abd Aziz, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia serta beberapa pengarah bahagian.

KPDNHEP juga meletakkan sebuah bekas khas di lobi kementerian bagi membolehkan sesiapa sahaja mewakafkan buku-buku mereka untuk perkongsian ilmu.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive