Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

UTHM JADI DESTINASI KE 14 PROGRAM FOOD BANK SISWA

image

BATU PAHAT, 17 SEPTEMBER 2019 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah Universiti ke-14 sejak Program Food Bank Siswa ini dilancarkan.

Bermula dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan yang terkini di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebagai permulaan pelaksanaan Program Food Bank Siswa di UTHM ini, terdapat 200 orang pelajar dikenal pasti dan layak menerima bantuan daripada program ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tuan Chong Chieng Jen.

Katanya, pada tahun depan, Food bank ini akan diperluaskan ke 123 institusi pengajian awam seperti Politeknik, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa kolej swasta yang dikenal pasti.

Pelaksanaan Food Bank Siswa di UTHM ini mendapat sokongan kuat daripada pihak Leong Hup International, Econsave Cash & Carry (YP) Sdn. Bhd., Nirwana Maju (Yong Peng) Sdn. Bhd., Restoran Syed, Fikri Rice Sdn. Bhd., Restoran Kari Kambing 40 Hari, Restoran Asam Manis, Angenet Sdn. Bhd., Faiza Sdn. Bhd., Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Hwa Tai Industries Berhad, Restoran Ceria Maju dan Munchy Food Industries Sdn. Bhd. yang terlibat sebagai rakan penaja bagi program ini.

Program ini akan digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan Kechara Soup Kitchen (KSK).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive