Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

FOKUS KEPADA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

image

SEREMBAN, 22 OGOS 2019 – Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu fokus dan melaksanakan semua tanggungjawab dengan baik tanpa mempedulikan isu-isu yang pernah melanda mereka.

Pengerusi SSM, Datuk Muez Abd Aziz, segala apa yang berlaku perlu dijadikan sempadan dan pengajaran agar kita sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), mahukan warga kerja SSM tidak terjejas dengan apa yang pernah berlaku dan biarlah ia diuruskan pihak yang bertanggungjawab.

Katanya, beliau akan cuba melihat semula aspek kebajikan agar peluang-peluang kenaikan pangkat bagi pegawai dan kakitangan diberikan perhatian sebagai motivasi buat mereka. Beliau juga akan meneruskan amalan pusingan kerja bagi membolehkan semua pegawai dan kakitangan mendapat pendedahan dan pengalaman dalam urusan pembinaan kerjaya mereka.

Datuk Muez yang mengadakan lawatan kerja singkat ke SSM Negeri Sembilan di Seremban petang tadi turut mengingatkan agar SSM mengadakan program kerjasama dengan pihak-pihak tempatan bagi membolehkan lebih banyak peluang dinikmati oleh orangramai.

Program-program turun padang ke Institusi Penggajian atau Kolej bagi menarik penyertaan usahawan muda perlu dipertingkatkan supaya peluang-peluang menjadi usahawan akan menjadi pilihan utama mereka dan tidak lagi bergantung kepada makan gaji.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive