Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

BELANJAWAN 2022

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2021 – Susulan pembentangan Bajet 2020 yang di bentangkan oleh YB menteri kewangan pada 29 Oktober 2021 yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik  pembentangan tersebut.

Bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, Bajet 2022 ini mendokong Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuhkan pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Matlamat bajet 2022 kekal dengan tiga fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP, dalam kenyataan medianya  menyatakan bahawa KPDNHEP sedia menggalas amanah yang diberikan untuk melaksanakan bajet yang telah diperuntukkan kepada kementerian ini melalui program-program yang sedang dan akan dijalankan. Pihak Kementerian juga menghargai keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup melaui peruntukan yang besar sejumlah RM31 billion khuss untuk subsidi, bantuan dan insentif.

Tambahnya lagi, walaupun semua itu bukan di bawah kawal selia KPDNHEP sepenuhnya, tetapi Kementerian ini akan memastikan semua program-program yang menjurus kepada meringankan kos sara hidup ahli Keluarga Malaysia akan terus dilaksanakan seperti:

  • RM200 juta - Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming
  • RM40 juta - Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan
  • RM400 juta - Program Penstabilan Harga Minyak Masak dan;
  • RM40 juta - Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am

Manakala bagi industri peruncitan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan, Kerajaan telah merangka program-program bagi merancakkan semula industri ini dengan membantu Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) meningkatkan jualan produk buatan Malaysia. KPDNHEP akan meneruskan program-program yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing perdagangan domestik melalui peruntukan yang diberi seperti berikut:

  • RM20juta – Kempen Beli Barangan Malaysia
  • RM10 juta – Program Jualan Malaysia
  • RM3 juta - Program Francais dan Industri Jualan Langsung
  • RM1 juta - Program Keusahawanan

Kesinambungan program-program ini pada tahun hadapan bertujuan untuk merancakkan industri perdagangan pengedaran serta memulih ekonomi negara.

Akhir sekali, KPDNHEP ingin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan di atas peruntukan yang telah disediakan seperti mana yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2022. KPDNHEP akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor peruncitan dan perdagangan domestik negara terus berkembang maju dan pada masa yang sama memastikan kebajikan dan kepentingan pengguna terus dilindungi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive