DAMANSARA, 6 September 2021 – Program RiVAC yang telah bermula pada 26 Julai 2021 di Lembah Klang (5 lokasi) akan berakhir pada 6 September 2021. Program ini telah memberi manfaat kepada seramai 48,381 pekerja dari sektor peruncitan (LENGKAP 2 dos vaksinasi) untuk bersama-sama mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.
RiVAC telah mengutamakan barisan hadapan ekonomi sektor peruncitan dan pekerja rantaian pengedaran bagi memastikan sektor peruncitan dapat memberikan perkhidmatan membeli belah yang selamat dan meyakinkan kepada pengguna. Pusat RiVAC juga telah bersama dengan Kerajaan dalam mempercepatkan pencapaian Operation Surge Capacity yang menyasarkan 100% penduduk Lembah Klang pada akhir bulan Ogos 2021
Sehubungan itu, hasilnya telah mula terbukti dengan jumlah kes baharu yang telah menurun secara drasktik di negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pusat RiVAC ini juga telah diperluaskan ke beberapa negeri seperti Melaka, Perak, Johor, Pahang dan Kedah.
Oleh itu, Kementerian menyeru semua syarikat sektor peruncitan dan pengedaran termasuk pasaraya, kedai runcit, mini-market, stesen minyak, restoran, bengkel, kedai hardware, kedai gunting rambut dan lain- lain di negeri-negeri berkenaan untuk turut menyertai program RiVAC ini dan mendaftar segera bagi mendapatkan vaksinasi untuk pekerja mereka.
Seperti sedia maklum, Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) ini merupakan satu inisiatif kerjasama awamswasta di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pemain Industri Peruncitan dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK).
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh layari portal KPDNHEP (https://rov.kpdnhep.gov.my/rov) atau berhubung terus Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada