PUTRAJAYA, 2 September 2021 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dalam melaksanakan penentuan harga borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri). KPDNHEP telah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak.
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Sendiri) yang akan dikawal adalah merupakan suatu peranti yang diluluskan secara bersyarat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pengesanan antigen yang menyebabkan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) dengan menggunakan sampel bendalir mulut atau swab hidung.
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP berkata sebagai Kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan Kementerian bagi menangani wabak Covid-19, KPDNHEP akan membuat kawalan ke atas harga borong dan runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) yang akan berkuat kuasa pada 5 September 2021 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Harga kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) adalah seperti berikut:
Barangan/ Goods |
Kuantiti/ Quantity (unit) |
Harga/ Price (Ringgit Malaysia) (RM) |
|
Borong/ Wholesale |
Runcit / Retail |
||
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (ujian sendiri) COVID-19 Antigen Rapid Test Kit SelfTest |
1 set |
16.00 |
19.90 |
Menurutnya lagi, penentuan harga maksimum borong dan runcit kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.
KPDNHEP menentukan harga maksimum borong dan runcit kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) berdasarkan kepada maklumat harga dari punca-punca berikut antaranya, pemantauan harga di seluruh premis dan farmasi di seluruh negara, maklum balas dari agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); dan perbincangan bersama pengilang pengimport, peruncit dan persatuan farmasi barangan tersebut.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti” ujarnya.
Sehubungan itu pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga telah disediakan. Kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan.
Akhir sekali, sekiranya pengguna mendapati peniaga tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, boleh menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDNHEP iaitu Portal e-aduan KPDNHEP, Call Centre 1-800-886-800, emel