PULAU PINANG, 21 OGOS 2021 – Pusat RiVAC merupakan Pusat Pemberian
Vaksinasi Industri (PPVIN) di bawah program vaksinasi sektor peruncitan (RiVAC) yang merupakan koloborasi awam-swasta diantara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pemain Industri Peruncitan dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK).
Pusat RiVAC yang bermula dengan Lembah Kelang, kini diperluaskan ke negeri lain seperti Melaka dan Pulau Pinang. Dua Pusat RiVAC yang beroperasi di Pulau Pinang adalah di Gurney Paragon, Georgetown dan Design Village Outlet, Seberang Perai.
Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat RiVAC di Gurney Paragon pada hari Selasa, 17 Ogos 2021 dan beliau turut melakukan kunjungan ke Pusat RiVAC Design Village dengan kehadiran Ketua Setiausaha KPDNHEP pada 21 Ogos 2021. Beliau amat berpuas hati dengan perjalanan operasi dan pencapaian Pusat RiVAC di Pulau Pinang kerana telah membantu mempercepatkan kadar vaksinasi di kalangan pekerja sektor peruncitan di Pulau Pinang.
Sejak pelaksanaan program RiVAC, Kementerian telah menerima sebanyak 566 permohonan dari syarikat di Pulau Pinang untuk mendapatkan vaksin Covid-19 melibatkan 10,366 orang pekerja daripada industri peruncitan negeri. Program RiVAC sangat penting di kalangan pemain industri kerana kadar vaksinasi merupakan salah satu syarat untuk industri menikmati manfaat di bawah kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Justeru itu, Kementerian menyeru semua pemain industri sektor peruncitan dan pengedaran termasuk pasaraya, kedai runcit, mini-market, stesen minyak, restoran, bengkel, kedai hardware, kedai gunting rambut dan lain-lain sektor peruncitan di negeri Melaka untuk menyertai dan mendaftar program RiVAC bagi mendapatkan vaksinasi untuk pekerja mereka seberapa segera.
Syarikat dan majikan yang berminat untuk menyertai Pusat RiVAC di Pulau Pinang boleh emelkan pertanyaan melalui