PUTRAJAYA, 8 JULAI 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih atas kewujudan badan-badan bantuan kemanusian dan NGOs, yang formal dan yang telah lama aktif, serta yang adhoc dan yang baru wujud semasa pendemik Covid-19 dalam membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 yang memerlukan bantuan terutama barang keperluan harian.
Sumbangan ikhlas dari badan-badan kemanusiaan ini terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini disanjung tinggi. Walau bagimanapun, KPDNHEP berharap supaya badan-badan bantuan kemanusiaan ini tidak membeli dan mendapatkan bekalan barang keperluan dari peruncit.
Sebaliknya, KPDNHEP mencadangkan supaya badan-badan bantuan kemanusian ini mendapatkan bekalan barang keperluan daripada pihak pemborong. Ini kerana pihak Kementerian mendapat maklumat bahawa beberapa barang keperluan asas telah habis dijual di sebuah peruncit di Seksyen 27, Shah Alam untuk tujuan bantuan kemanusian.
Ini telah menyebabkan pengguna di kawasan tersebut ‘terputus bekalan’ dan terpaksa membeli dari peruncit yang yang lebih jauh atau menunggu sehingga bekalan baru sampai ke perunci tersebut. Perkara sebegini boleh membawa kepada reaksi negatif seperti pembelian panik di kalangan pengguna.
Kerjasama dari NGOs dan Badan Bantuan Kemanusiaan amatlah diharapkan supaya tidak mewujudakan suasana yang tidak stabil serta salah faham terhadap bekalan harga keperluan.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat