Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

ISU HARGA SAYUR-SAYURAN YANG DIJANGKA NAIK AKIBAT PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

isu harga sayur sayuran yang dijangka naik

Putrajaya, 15 Jun 2021 –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), mengambil maklum ke atas laporan akhbar Sinar Harian yang bertajuk ‘Harga sayur-sayuran naik hingga 40 peratus’ dan The Malay Mail ‘Vegetable prices up between 30 and 40pc following EMCO in Cameron Highlands’.

Menurut YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands yang melibatkan kawasan pertanian, pihak KPDNHEP tidak menolak kemungkinan berlaku gangguan bekalan untuk pasaran dan rangkaian pasar tertentu yang melibatkan pembekalan sayur dari Cameron Highlands.

“KPDNHEP telah mengarahkan semua bahagian di bawah Kementerian untuk mengambil langkah perlu bagi memastikan pelaksanaan PKPD itu hanya memberi impak minima serta sementara dan tidak menggangu bekalan dan harga barang keperluan terutama sayur-sayuran dari kawasan tersebut” ujarnya.

Tambahnya lagi, penguatkuasaan akan dijalankan di seluruh negara terutamanya di Negeri Pahang dan Perak untuk memantau secara berterusan kedudukan bekalan harga bagi jenis-jenis sayur tertentu yang biasanya dibekalkan dari Cameron Highlands itu.

Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan dilaksanakan jika terdapat mana-mana pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut terutama di dalam situasi semasa ketika ini. 

Dato Sri Alexander juga menasihatkan pengguna tidak panik dan membeli barangan mengikut keperluan sahaja.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive