PUTRAJAYA, 5 MEI 2021 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalu-alukan penyertaan dan sumbangan pihak swasta atau syarikat bagi membantu meringankan beban yang ditanggung golongan miskin terutamanya menjelang musim-musim perayaan .
Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, badan-badan korporat disaran agar selari dengan Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan golongan kurang berkemampuan terbela dan peranan ini tidak hanya terletak dibahu sebelah pihak sahaja.
Bercakap pada majlis Penyerahan Sumbangan Hamperbox bersempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, beliau berterima kasih kepada pihak syarikat 99 Speed Mart Sdn.Bhd dalam membantu golongan miskin meringankan kos sara hidup dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri tdak lama lagi.
Katanya, program foodbank yang pernah dilaksanakan diseluruh negara akan diteruskan dengan fokus kepada Foodbank Siswa melibatkan pelajar-pelajar Institut Pengajian tinggi awam dan swasta.
Syarikat 99 Speedmart menyumbang sebanyak 1500 kotak hamperbox kepada Kementerian dan akan diagih-agihkan mengikut kumpulan sasar. Hadir sama di majlis ini adalah Timbalan Menteri, Dato’ Rosol Wahid, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP