Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

GALAK PENIAGA PENGGUNAAN E- WALLET

OPERASI BERSEPADU KPDNHEP BERSAMA AGENSI TERHADAP ISU HALAL DAN STANDARD KESELAMATAN PENGGUNA

ALOR SETAR, 10 APRIL 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi perhatian terhadap isu-isu dan pembangunan perniagaan di pasar-pasar basah, pasar pagi, pasar malam dan pasar komuniti sama ada untuk memastikan amalan perdagangan yang sihat dan beretika tetapi juga memastikan kepentingan pengguna dipelihara dan diperkasa.

Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pasar-pasar ini juga adalah sebahagian dari keluarga besar perdagangan pengedaran yang dikawal selia oleh Kementerian. Justeru KPDNHEP juga ingin melihat perniagaan di pasar-pasar tersebut bergerak seiring dengan kemajuan dan perkembangan digitalisasi dan IR4.0.

“Sehubungan itu KPDNHEP telah memulakan inisiatif untuk menggalakkan penggunaan e-wallet di pasar-pasar basah, pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan pasar komuniti. Saya percaya dengan mengadaptasi perniagaan berasaskan digital seperti e-wallet, para peniaga kecil akan dapat memperluskan pasaran dan bersaing dalam lanskap perniagaan yang semakin moden,” ujarnya.

Terdahulu, KPDNHEP telah melancarkan initiatif REDI di pasar malam Putrajaya dan sambutan para peniaga amat menggalakkan di mana 100% peniaga telah menawarkan e-wallet dalam transaksi perniagaan mereka. Inisiatif REDI ini akan diperluaskan ke seluruh negara dan beliau menjemput negeri Kedah untuk bekerjasama dengan KPDNHEP dalam menjayakan inisatif ini.

Majlis Pelancaran turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Komunikasi dan Multimedia Negeri Kedah Darul Aman, Tuan Wan Romani Wan Salim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan, Pejabat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman), Dato’ Haji Syed Shaharuddin Syed Abdullah, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Haji Azman Adam, Pengarah KPDNHEP Negeri Kedah, Rae Morn Verak, serta Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Ridhuwan Mustafa.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive