Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PUAS HATI DENGAN HARGA JUALAN

PENGUMUMAN SHMMP TAHUN BARU CINA 2021 min 1

PUTRAJAYA, 5 FEBRUARI 2021 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi berpuas hati dengan harga sayur dan barangan lain yang dijual di Pasar Tani Putrajaya disini.

Beliau yang melakukan tinjauan dan pemeriksaan dengan diringi Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDNHEP, Dr. Alauddin Sidal dan Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Haji Azman Adam menghabiskan kira-kira dua jam untuk meninjau dan beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung di pasar tani yang diadakan setiap hari Selasa dan Jumaat itu.

Kehadiran beliau disambut oleh Jawatankuasa Pengelola Pasar Tani berkenaan dengan memberikan taklimat serta operasi pasar tani berkenaan. Untuk rekod, pasar tani ini mula dibuka mengikut waktu normal setelah terhenti seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal Januari lalu.

Dato Sri Alexander berpuas hati dengan harga jualan seperti sayur-sayuran, ikan, barangan keperluan asas serta makanan yang agak munasabah. Beliau yakin, pihak Jawatankuasa Pasar Tani ini sentiasa memantau harga jualan peniaga-peniaga disini supaya sentiasa mematuhi kadar yang ditetapkan agar tidak membebankan pengguna.

Beliau juga berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan bagi membolehkan beberapa sektor ekonomi seperti pakaian, jahitan serta beberapa sektor perniagaan lagi dibuka bagi membantu peniaga-peniaga kecil ini meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana pandemik ini. Beliau mahukan agar setiap peniaga dan pengunjung sentiasa memematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP semasa menjalankan urus niaga.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive