PAUH, PERLIS, 10 November 2022 - YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, KSU KPDNHEP telah menyempurnakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau Retails Digitalisation Inisiative (ReDI) yang diperluaskan lagi kepada enam pasar malam utama di negeri ini mengangkat tema 'go cashless'.
Sehingga 31 Oktober ini, sebanyak 186 peniaga di Perlis dan 5,596 peniaga seluruh negara telah berjaya didaftarkan di bawah ReDI. Kementerian turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM7,600 menerusi insentif tanpa tunai yang meliputi 120 peniaga dan 200 pengguna pasar malam di Perlis dalam usaha untuk menggalakkan peniaga/pengguna tersebut beralih kepada sistem pembayaran tanpa tunai.
Menurut Datuk Azman, Inisiatif ini bukan hanya dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna selain ianya mudah, cepat dan selamat.
ReDI juga bertujuan untuk memastikan peniaga kecil di luar bandar tidak ketinggalan di dalam arus perdana dan bersama-sama melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital selain dapat menggalakkan dan memberi pilihan kepada pengguna memilih e-wallet ketika membeli serta mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat