Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

24 PENIAGA DIKENAKAN TINDAKAN SEMASA PELAKSANAAN SHMMP DEEPAVALI 2022

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2022 – Susulan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  yang berkuatkuasa mulai 20 sehingga 26 Oktober 2022, sebanyak 4,339 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Negara dan  sebanyak 24 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang ingkar.

Menurut Tuan Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, pemeriksaan yang telah dijalankan itu melibatkan 111 pemeriksaan ke atas premis borong manakala 4,228 pemeriksaan ke atas premis runcit.  Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan, gagal meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu.

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan dan maklumbalas orang ramai, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 memudahkan rakyat mendapatkan bekalan dengan harga yang ditetapkan Kerajaan.

Pengguna dinasihatkan untuk terus berhemah di dalam berbelanja dan menggunakan sepenuhnya hak-hak mereka sebagai pengguna terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika ini. Kuasa pengguna adalah sebagai langkah pencegahan awal yang boleh diambil oleh pengguna agar tidak mudah dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi sukar ketika ini. 

Akhir sekali, sekiranya pengguna mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran aduan rasmi Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive