Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PROGRAM JERAYAWARA KPDNHEP BERSAMA MEDIA NEGERI SARAWAK

program jerayawara kpdnhep bersama media negeri sarawak

PETRA JAYA,24 OKTOBER 2022,ISNIN-Telah berlangsung Program JERAYAWARA KPDNKSH bersama Media Negeri Sarawak (Smart Consumer Trolley Challenge-SCOTCH 2022) yang dihadiri oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertempat di Mydin Hypermarket Vista Tunku, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Untuk pengetahuan, program SCOTCH yang diadakan pada malam ini merupakan program ramah mesra YB Menteri bersama komuniti media sarawak. SCOTCH adalah pertandingan berbentuk interaktif menguji kefahaman dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan peserta. Peserta akan diuji memahami label-label pada produk yang dijual dan mereka turut diuji soalan-soalan kepenggunaan.

Setiap pasukan diperuntukkan sejumlah wang dalam bentuk baucer Mydin bernilai RM100 untuk dibelanjakan di pasaraya Mydin Petra Jaya. Dua (2) cabaran perlu diselesaikan iaitu cabaran troli dan menjawab soalan.

Peserta perlu mencari dan membeli barangan yang ditentukan menggunakan sejumlah wang yang telah diperuntukkan dan menjawab semua soalan sebelum ke petunjuk seterusnya. Pemenang ditentukan melalui ketepatan, penjimatan  dan kepantasan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.12 pasukan media Sarawak bertanding pada edisi kali ini.

Setelah berhempas pulas menyelesaikan cabaran yang disediakan, Tempat Ketiga telah dimenangi oleh K Team, Tempat Kedua pula dimenangi oleh Dayak Daily dan Jabatan Penerangan Sarawak telah dinobatkan sebagai Juara.

Seterusnya, YB Menteri turut menyampaikan plak penghargaan kepada para pengamal media bagi menghargai usaha dan jasa baik yang diberikan sepanjang tahun 2022. Beliau juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan semua tetamu dan media yang hadir.

Turut hadir, YBhg Datuk Azman Mohd Yusof-Ketua Setiausaha KPDNKSH, YBrs Tuan Shamsul Nizam Khalil-Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Bahagian Penguat Kuasa (KPDNHEP), YBrs Tuan Matthew Dominic Barin-Pengarah KPDNKSH Sarawak, YBrs Encik Zaimy Bin Shaari-Pengarah Bahagian Kawal Selia Petroleum KPDNKSH, YBrs Encik Muhd Fairuz bin Abdul Halim-Pengarah Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung KPDNKSH, YBrs Tuan Peter J.Berinus Agang-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNKSH Sarawak, dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive